Tuesday 14 August 2012

kejutan!

assalamualaikum kawan kawan..

ni nak cerita satu benda..kita semua dijemput untuk hadir ke satu lagi majlis..
majlis penyatuan dua hati..
pada 1 september 2012 ni..sumua dijemput hadir ke dewan melur..seksyen 7..
sangat sangat dialau alukan kepada yang jauh serta yg dekat untuk memeriah kan lagi majlis ini..
admin bagi pihak bakal pengantin perempuan dengan rendah hati memohon maaf kerana tidak dapat memberitahu tentang majlis ini awal awal..
pihak bakal pengantin perempuan baru balik umrah..
majlis ni pun dirancang hanya beberapa bulan yg lepas..br je..bertunang pun dlm 4 bulan..
dan maaf sekali lagi sebab bakal pengantin perempuan tidak mempunyai akaun facebook mahupun twitter..
semoga doa kalian sentiasa menemani dan semoga majlis berjalan dgn lancar..amin~

bakal pengantin ini ialah Fadhilah Md Fazil.. =)

Friday 10 August 2012

beberapa bulan yg lepas..

assalamualaikum kawan kawan..

sungguh tidak adil sekiranya blog ini di anak tirikan..
maklumlah..tiad idea idea yg bernas untuk menyusun ayat penambat sanubari kepada pembaca..
maaf diatas ke tidakhadiran entry entry baru dalam lembaran ini..

mari kita lihat apa yg berlaku sepanjang beberapa bulan ini..
1) semakin hari semkin ramai sahabat sahabat yg berhijrah ke 1 lagi platform kehidupan :-
    bertunang:-

cak! sori lambat!
2) penyatuan dua hati..
adib afham & nor hazila

syed afif & farhana
ok..semua org pun tahu kan yg atas tu both samtajian! wah..bangga gitu..semua org pun xsangka mereka ni..xde pun couple couple time sekolah dulu..tibe tibe kawen kau..ops!
yg bwh tu lelaki nye dulu samttaj..mengenali pilihan hati dibangku sekolah tapi bukan di samttaj..tahniah kawan! 
maaf sebab curi gambar kalian di page facebook masing masing..hee~

setibanya bulan september ini bakal bertambah ahli yg akan menamatkan zaman bujang mereka..dan akan makin bertambah dan bertambah..=)

3) penambahan ahli keluarga..
babies~

anak imah!
alhamdulillah~ si kecil ini lahir kedunia untuk menceriakan lagi kehidupan si ayah dan ibu..serta pakcik makcik samttaj..hehe..kelahiran pertama keluarga jannah dikurniakan kembar..alhamdulillah mereka sihat setelah mengharungi permulaan yg sukar..athirah solehah & athirah husna..cantik nama mereka kan?
naimah juga dikurniakan seorang puteri yg sgt comel..Qasrina nur imani..tahniah juga kalian..semoga kelahiran ini membawa lebih mawaddah, rahmah & sakinah dlm keluarga kalian..semoga mereka menjadi anak yg solehah!

nantikan kemunculan seorang lagi dari hazel..tahniah..! jaga diri baik baik ok..adib sila jaga hazel baik baik..harap dpt baby boy! hehe..

*a woman can take care of the family. it takes a man to provide structure, to provide stability..





Monday 23 January 2012

raja dua hari..

assalamualaikum pembuka bicara..

MERIAH!
ALHAMDULILLAH syukur kehadrat ilahi..tahniah kepada salah dua orang ahli alumni samttaj yang telah menamatkan zaman bujang mereka pada tanggal 21 hb januari 2012..
sempat juga admin singgah ke dua dua majlis (perempuan + lelaki)..tp kami bukan setakat singgah, da macam berkampung da dekat kenduri tu..da macam jamuan mkn untuk kite kite je..seronok kn..
time ni la kite ramai ramai dapat berkumpul bersama memeriahkan majlis resepsi kedua mempelai..

semoga ikatan yang tulus murni serta ikhlas ini berkekalan hingga ke syurga..bukan setakat anak cucu dan cicit serta miot piot yang kiut miut..semoga yang suami itu lah bidadara si isteri di syurga dan isteri adalah bidadari si suami tercinta di firdausi..aminn~

kami yang berada di serata dunia sentiasa mendoakan kebahagian kalian..ikhlas dari ahli alumni samttaj..
ditujukan khas untuk pasangan mempelai yusuf & fahimah..♥ ♥ 

jom tgk gambar..










TAHNIAH KAWAN! 

p/s : lepas ni giliran siapa ye??jgn rahsia rahsia sangat k..hik!



Saturday 24 December 2011

Walimatul Urus FARID & WANI

Assalamualaikum semua


Alhamdulilllah sempat juga mengupdate dengan kerapnya.Kalau posting sebelum ni tentang beberapa siri majlis pertunangan dan perkahwinan sahabat-sahabat alumni samttaj 02-06, untuk posting kali ni merupakan kesinambungan bagi posting yang lepas.


 Malam bertarikh 24hb Disember 2011 merupakan tarikh  yang telah menyatukan dua hati . .FARID dan pasangannya WANI . Majlis yang bertempat di Balai Islam  Masjid Al-Ghufran, Petaling Jaya telah dihadiri oleh Admin blog ni dan juga beberapa ahli ORGANISASI ALUMNI SAMTTAJ 02-06 dan beberapa orang sahabat yang lain.


Moga ikatan yang terjalin ini dapat berkekalan hingga ke hujung usia dan berlanjutan hingga ke syurga hendaknya.






sasaran selepas ini : 

FAHIMAH & YUSOF








Thursday 22 December 2011

getting matured~

assalamualaikum sume..


da lama sangat xupdate entry blog ni..da macam dianak tirikan pulak..maklumlah..sekarang ni musim exam..xsempat nak update..maaf ye kawan2..


rase hari ni admin nk cerita pasal ape eh??
hehe..
mestilah hari ni admin nk cerite bende yg best! get married! engagement! hehe..excited terlebih!
antara ahli2 alumni batch kite ni yg da kawen ialah : 


tada!
nurul naimah salim da setahun lebih

nur jannah roslan lagi lama dr imah..=)
yg ni pulak yg akan kahwin soon! seronok nye...
sheda ngn shami..=)
ucop yg bakal jd suami!
fahimah la the chosen one
syazwani nasir yg menawan..=)

nawwar yg br je bertukar title..


begitu juge hazel! weet weet!



ok kawan kawan..maaf sebab publish gambar kawan kawan..maaf kalau admin tidak mementing kan sensitiviti ahli yang lain..admin amik gambar ni dari facebook masing masing..
sekalung tahniah diucapkan kepada ahli yang bakal menimang cahaya mata..best nyeeeeeeee! bakal berkahwin tidak kira bile..


p/s: kalau ade terlepas org yang telah bertukar title tp x de dlm ni sorry sebab xtahu..
     ha! farid dak kelas 5 syukur akan diijab kabulkan kalau xsilap..tp xjumpe kad elektronik nye..hik!
ok da jumpe farid nye..

Friday 4 November 2011

Salam Eid Mubarak

Salam Eidul Adha
Ingaan tulus ikhlas daripada 
ORGANISASI ALUMNI SAMTTAJ '02-'06

jom puasa sunat esok!

Thursday 3 November 2011

Pengumuman : Borang Alumni SAMTTAJ 02-06

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PENGUMUMAN:

Pada semua bekas pelajar SAMTTAJ batch 02-06
(walau seminggu, sebulan atau setahun sekalipun)
mohon supaya mengisi borang maklumat untuk melengkapkan database 
ALUMNI SAMTAJ  02-06
klik link di bawah untuk mengisi borang. Kerjasama anda amat kami harapkan.
syukran.
MOHON WAR-WARKAN PADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN!